Haa. Hari ni mari kita bercerita mengenai kecanggihan kad MyRapid dan TOKEN yang baru dan gah disebut - sebut itulah. Katanya, mahu menggalakkan rakyat Malaysia yang tahap mentalitinya masih mahu beratur panjang di kaunter untuk menggunakan kad / token sebagai jalan mudah untuk membeli tiket. Lagi, mengurangkan kesesakan di kaunter akibat beratur panjang. Lagi, menunjukkan satu lagi anjakan paradigma dalam sistem RapidKL. Lagi, nak buang pekerja sebenarnya. Guna mesin. Buat apa ada orang kat kaunter. Betul tak Encik RapidKL yang tercomel dan terkiut?
Namun, atas tindakan TIDAK CERDIK Encik RapidKL telah menyebabkan aku rasa nak campak dalam longkang je mesin - mesin tu semua. Wahai Encik Rapid, kalau sudah namanya mahu memperkenalkan kaedah baru menggunakan token dan kad, pastikanlah mesin beli token dan ruang tambah nilai tu dijaga dengan betul, alatannya tak rosak, boleh dipakai sepanjang waktu lebih - lebih lagi bila waktu puncak. Aku tak faham la Encik RapidKL, kenapa mesin kau tu asyik rosak je, bukan mesin yang besar gedabak tepi dinding tu, tapi mesin nak masukkan token untuk OUT tu.
Tu. Tu. Mesin yang tempat masuk kad, touch TNG tu. Token pun masuk kat situ kan? Ke masuk dalam poket, simpan buat kenangan, pastu guna laluan pantas yang dekat tepi kaunter tu? Kalau 10 kali beli token, 10 biji benda bulat tu boleh dapat. Belum kira dengan token yang akan aku beli tiap - tiap hari. 1 hari 3 token, 1 bulan... WOW! Eh, macam nak try lah satu hari nanti. Best pulak kan? Boleh simpan, wat souvenir. Tak pun kumpul. Wat menara. Mihmihmih.
Atas tindakan TIDAK CERDIK Encik RapidKL itu, semua orang perlu beratur panjang lagi, semua orang perlu pergi ke kaunter untuk beli tiket, semua orang kena guna khidmat kaunter dan pekerja kat kaunter pun tak boleh nak buang. Kan? Mentaliti Encik RapidKL. Mentaliti. Cuba bukak mata besar - besar sikit, tengok sikit cara hidup masyarakat kita. Jangan pergi kerja naik kereta besar, ada driver, tak lalu traffic jam, tak lalu tol. Kalau Encik RapidKL amalkan gaya hidup senang, mana Encik RapidKL nak tahu bagaimana masyarakat kita hidup selama ini. Belajar - belajar sikit naik pengangkutan awam tu, dan cuba ambil perjalanan yang jauh. Waaah, baru belajar jadi manusia kan?
Sedangkan kad Touch N Go yang dah lama ada dalam pasaran tu pun orang kita tak suka guna, masih juga beratur panjang untuk beli tiket, masih juga beratur panjang nak bayar tol, masih juga nak resit untuk 'claim mileage & tol' katanya. Sebab tu la Touch N Go tu, ada atau tak ada, masih sama. Inikan pula kad MyRapid. Oh ya, jangan lupa dengan kad Rabbit yang digunakan untuk bas - bas tu. Masih juga ada rakyat Malaysia yang bayar guna duit. 10 % pun masih rakyat Malaysia kan? Tu belum campur rakyat bukan Malaysia yang tetiba naik bas Rapid.
Encik RapidKL ada tak dengar abang dan kakak yang bawak bas tu complain sebab mesin tambah nilai tu susah nak digunakan? Mesinnya asyik rosak dan susah nak detect. Telan duit orang. Adoi. Encik RapidKL ni, boleh duduk round table tak bincang masalah ni?
Tak reti - reti lagi?