Saya adalah saya.Segala lontaran kata dan cerita datangnya tanpa ada rasa belas pada pihak yang dicela.







03 December 2011

Jom Heboh Bukit Jalil 2011

Hari ini berjalan - jalan. Ya. Berjalan - jalan lagi setelah 2 minggu menjadi musafir "rajin" di tanah jajahan. Tiba - tiba mahu menjadikan post hari ini sebagai diari. Huhu.

Hari ni pertama kali ke Jom Heboh. Apa tu Jom Heboh? Apa yang ada? Apa yang dijual? Itula soalan aku tiap - tiap kali aku tengok iklan Jom Heboh tu kat TV3. Tak berminat sebenarnya nak berjalan ke tempat - tempat macam tu. Tengok iklan pun macam sangat ramai orang, pastu sangat panas. Kot. Itupun kalau tak hujan.

Dan hari ini buat pertama kalinya aku  mencemar duli ke Bukit Jalil tu untuk Jom Heboh. Pelik memang pelik la sebab aku sukarela pergi tempat macam tu. Ni suma gara - gara Maybank open booth kat situ dan mak aku kena kerja. Macam biasa. Aku melawat mak aku kerja. Dah tengok dia macam sibuk je, aku pun menyibukkan diri kat booth2 lain - lain tu. Melawat je. Tak de duit nak beli. Ye. Tak de duit nak beli. Tak sedih pun. Cuma menyampah sebab ramai sangat promoter nak kat aku.. Eh? Salah. Promoter nak suruh beli produk dia. Aku? Senyum je. Blah. Kang kalo aku cakap "I tak de duit nak beli, sorry ye". Kang nampak macam sengkek sangat plk. Kasut mahal boleh beli kan, ja? Hehe.

Actually, event macam ni bagus untuk ekonomi. Dan untuk perkembangan poket penganjur. Yah. Tepat sekali. Pada aku, event macam ni lebih pada hiburan. Lepak, enjoy, makan, habiskan duit. Pandai penganjur pilih tarikh kan. Awal bulan you. Poket tengah penuh. Poket aku je berlubang. Duit hilang merata. Memang best la kalo tengok. Macam - macam ada. Jualan memang murah even yang murah tu suma junk food la, snek la, MAGGI [haiyo, beli banyak2 boleh botak woo], minuman manis2 la, tak kisah la, orang Malaysia memang banyak duit.

Aku salute pada SPR, Kementerian Pelajaran, Rakan Cop yang open booth kat sini. Itu je yang aku nampak. Maybe banyak lagi tapi aku tak nampak. Aku tak tahu siapa golongan sasaran diorang. But at least booth diorg pun penuh, they all ada inisiatif untuk expose themselves to d public. Thumbs up to all.

Itulah perjalanan untuk hari ni. Ada banyak part sebenarnya. Lepas - lepas ni lah baru tulis. Bai.