Saya adalah saya.Segala lontaran kata dan cerita datangnya tanpa ada rasa belas pada pihak yang dicela.







18 November 2011

Untuk rakan - rakan sekerja yang saya sayang

18.11.2011 adalah tarikh yang paling bersejarah dalam hidup saya. Ya, hari ini adalah hari saya dilahirkan ke dunia. Hari ini juga hari akhir saya bekerja. Dua perkara yang berlaku serentak dalam hidup dan menjadikan saya lebih sedar, "oh, macam ni nanti rasanya bila saya dah bersara. Bila saya bekerja, saya akan bersara di hari lahir saya, memang rasanya.. berbeza!" Tapi tak apa, bukan soal rasa-rasa yang ingin saya kongsikan hari ini. Tapi, hari ini seharusnya saya lalui dengan segala rasa syukur dan terima kasih kerana Allah memberikan saya ruang dan peluang untuk saya hidup sehari lagi bagi menikmati dunia. Al kisahnya.

Bila meninggalkan dunia pekerjaan, sungguh saya rasa hiba. Mungkin kerana saya lebih selesa berada di samping orang yang lebih dewasa berbanding dengan rakan - rakan sebaya. Oh, jangan sedih kawan - kawan yang sebaya, anda tetap di hati. Tak banyak yang saya mampu ucapkan petang tadi, biasalah, saya memang gugup bila bercakap depan orang [even saya sudah biasa bersyarah berdebat segala], tapi rasa nervous tu masih ada. Dan banyak rasa risaunya.

Rakan - rakan sekerja yang tersayang,
Terima kasih kerana memberi ruang untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan. InsyaAllah, sampai satu masa, kita pasti akan berjumpa. Yeah, kita akan sentiasa berjumpa.

Jom, karaoke? Hehe~