Saya adalah saya.Segala lontaran kata dan cerita datangnya tanpa ada rasa belas pada pihak yang dicela.







29 November 2011

Panjang. Ya. Panjang.

Mari kita bercerita mengenai apa yang berlaku pada hari ini.

Benar, memang aku tidak teruja kerana telah tamat latihan industri kerana aku tidak suka untuk belajar lagi. Tidak suka untuk kembali ke kuliah. Tidak suka untuk membaca buku. Mungkin kerana alam pekerjaan lebih menyeronokkan dan aku punya ramai kawan - kawan yang sekepala di sana. Alhamdulillah. Perjalanan latihan industri 20 minggu yang berbaloi - baloi. :)

Lantas, bila sudah selesai semuanya, seperti biasa, laporan kena hantar, buku log pun kena hantar. Nak sangat hasil latihan industri aku kan, hah, makan laporan aku. Baca dek kau. Baru kau dapat alami keseronokan aku di syarikat latihan industri. Kan.

Pagi: Pulang ke tanah jajahan tidaklah menyeronokkan. Tapi atas satu tanggungjawab, aku selesaikanlah jugak. Sebab aku da taknak tengok dah menatang - menatang ni semua. Kalau mahu tamat, tamatkan sahaja. Tak mahu belek - belek dah. Ok. Tu je.

Sampai di fakulti, mahu hantar semuanya. Last - last kedatangan aku disambut dengan soalan begini,

"Hah, awak ni mesti ada masalah dengan praktikal ni".

Aku bingung. Ape? Masalah ape ni? Dengan secomel yang boleh, aku menjawab,

"Saya dah tamat praktikal, nak hantar report dengan buku log dengan borang markah yang di seal." Muka masih tersenyum.

Dia datang pada aku, dan berkata,

"Awak tamat bila? Macam mana awak boleh tamat awal? Semua habis 18 Disember kan?"

Dan bercerita dari A sampai Z lah aku dengan dia. Ok. Dia KOSONG. ZERO. Dia seolah - olah tak tahu apa - apa tentang praktikal aku. Dan ayat timbal balik yang paling best,

Aku: "Saya ada call last week sebab nak tanya apa yang perlu dihantar, saya ada hantar sms jugak. Tu yang ### suruh anta buku log, report, apa yang kena binding, macam mana nak hantar, suma ### cakap kat saya"

Dia balas, "Alamak, tak ingatlah."


SENYAP. 
OK. INI GILA.

Lantas sedikit berperanglah aku dengan dia bagi menyelesaikan masalah ni. Dia mahu aku kembali ke syarikat latihan industri, tamatkan tepat pada masanya. Lantas aku kata,

Aku: "Tempoh 20 minggu da tamat, surat dari syarikat ABC tulis yang saya praktikal dari tarikh123 hingga tarikh 456. Macam mana?"

Dia: "Awak sepatutnya praktikal dari tarikh ini ke ini. Masalahnya, hari tu ada sorang kawan awak jugak datang nak hantar report semua, tapi En. Ketua Jabatan tu suruh dia balik ke syarikat latihan industri, sambung sampai 18 Disember. En. Ketua Jabatan kata mana dia ada keluarkan arahan untuk start praktikal awal. Kalau nak start awal, awak tetap kena tamatkan 18 Disember."

Aku: "Jadi apa fungsi 20 minggu tu? Tak ada siapa pun yang maklumkan saya tentang hal ni pun? Kenapa tak ada siapa2 yang call saya? Inform kat saya? At least saya tahu perkembangan apa yang sebetulnya. Kan?"

SENYAP LAGI.

Aku: "Habis tu saya kena sambung kerja balik? Report, buku log macam mana?"

Dia: "Awak cuba lah kautim dengan kakak2 kat sana tu. Dapatkan sign."

OK. INI DOUBLE GILA.
INGAT ITU COMPANY BAPAK AKU?

Ayat - ayat selanjutnya tak payah nak cakaplah. Memang dah sah - sah hasrat aku untuk hantar semua laporan dengan buku log terbantut. Dan aku kena bincang balik dengan syarikat latihan industri untuk terima aku kerja sampai 18 Disember. Memang tak pernah dibuat orang, tapi, aku rasa aku akan pecah rekod sebagai pelajar paling menyusahkan syarikat latihan industri sebab request itu dan ini. Dan kalau aku diberi peluang untuk beri komen untuk improvekan latihan industri ni, aku akan katakan :

Wahai Syarikat Latihan Industri, saya mohon anda keluar dari senarai universiti saya supaya masalah yang sama tidak akan berulang. Saya yakin, saya pasti. Saya tiada keraguan untuk menyokong tindakan susulan wahai encik syarikat.

Nah, wahai fakulti yang dihormati, kau nak tahu apa masalahnya? Ni, permasalahannya sekarang,  

1. Apa sebenarnya tujuan officer latihan industri fakulti ni hah? Macam tak ada fungsi je. Kau berhenti kerja boleh tak?

2. En. Ketua Jabatan ni pun satu hal. Hello, kau buat taklimat hujung - hujung sem, mengharapkan kami yang dah nak exam ni untuk terima ilmu yang sangat penting pada saat - saat akhir, tak ke menggagau namanya? Tolonglah en. ketua jabatan, kau pun berhenti jugak boleh?

3. En. Penyelaras pun sama. Jangan bila En. Ketua Jabatan kata A, kau ikut A. Even benda tu boleh menyusahkan orang lain. Don't you learn how to make an arguement? Tak guna belajar tinggi - tinggi kan kalo itu pun tak reti. Speak out, bro. There's always a way to make it easier. Jangan nak kena suap je baru nak buat taklimat.

Reti?