Hari ini betul - betul hari yang mematahkan mood dan rasa seronok. Ya, awal pagi dikejutkan dengan sekeping gambar yang seakan - akan [baca : sama] gambar yang pernah aku ambil di Air Terjun Chamang. Ya, gambar di air terjun yang aku snap dengan gembiranya dan hari ini, aku lihat, gambar itu berada di dalam akhbar, dimiliki oleh orang lain dan menang wang tunai rm300. Whatthefishinthetank. Agak mahu menyumpah di situ. Full stop.
Kenapa orang luar mesti plagiat hak orang lain? Memang itulah mentaliti orang Malaysia. [baca : sesetengah]. Aku tak ambil hak kau, kenapa kau mesti ambil hak aku? Mungkin itu risiko yang perlu aku ambil bila aku mendedahkan segala macam benda dalam media baru ni. Yeah, risiko yang memakan diri. Kerana aku terlalu terbuka dalam menceritakan banyak perkara. Oh salah. Menulis banyak perkara sebenarnya.
Aku kagum dengan apa yang ada dalam blog aku. Sehinggakan orang luar sanggup curi hasil kerja yang aku perah dengan usaha dan kreativiti yang ada. Hari ini baru aku rasa bagaimana penulis - penulis, pengarah - pengarah, penerbit - penerbit, filem - wayang - drama - video - iklan, rasa. Ya, rasa marah dan benci yang amat dengan orang - orang yang mencuri hasil kerja kita. Dan mendapat manfaat daripadanya.
Encik Suratkhabar harian, Pernah nampak gambar ni dalam paper anda? Siapa yang hantar pada anda ya? Katakan padanya [telefon lebih baik], saya doakan agar dia kembali ke pangkal jalan, saya haramkan sesen duit yang dia peroleh daripada hasil kerja saya, dan saya harap agar dia sentiasa selamat dalam kerja-kerja yang dia lakukan. Moga hidupnya dalam lindungan Tuhan. Ameen.
