Apa akan jadi andai kita mahu jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Ah, mungkin aku bukan jenis yang bermuka dua. Semua yang aku lakukan, semua yang aku tak suka, akan terdedah melalui non-verbal yang lahir dari muka aku. Ya, begitulah selalunya. Tapi jelas, aku tidak mampu untuk membohongi rasa hati yang didorong rasa benci.
Kita bertanya. Ah, maksud aku, aku yang bertanya. Maka yang aku berkehendakkan adalah jawapan, bukannya jawapan sindiran. Apakah salah jika aku tanya ‘balik pukul berapa’ dan jawapannya ‘kitorang bukan bos dekat sini, tu tu tu dia bos. Pergi tanya dia.’ Bercakap seolah – olah aku sudah sangatlah yakin dan tegar di dalam bangunan itu. Seolah – olah aku adalah senior sampaikan aku boleh tahu semua perkara dengan tunjuk - tunjuk muncung mulut sahaja. Nah, aku benci dengan senior seperti itu. Tidak mahu membantukah?
Aku tahu dia wartawan. Aku tahu mata penanya lebih tajam daripada mata pedang. Dan menerusi mata penanya lah yang akan berjaya menjatuhkan seberapa umat manusia yang tersilap pada pandangan mata. Toresan kata – kata lebih berbahaya dan mengalirkan darah merah yang maha pekat berbanding toresan mata pedang. Aku percaya itu. Kerana itu aku mahu bercerita. Bukan mereka sahaja ada ‘rasa’ wartawan itu. Ilmu dan corak pendidikan mereka sudah ada dalam kepala. Cuma aku tidak kenal siapa orang – orangnya. Maklumatnya? Semua dalam jari.