Saya adalah saya.Segala lontaran kata dan cerita datangnya tanpa ada rasa belas pada pihak yang dicela.







05 July 2011

Kenapa sukar difahami?

Nampak seperti tidak nampak. Benci seperti tidak benci. Ah, jahanam perasaan ini. Ya, sejak aku bergaduh dengan dia, memang perasaan aku pada kaum – kaum tertentu menjadi semakin bias. Semakin aku benci untuk aku dekat dan aku percaya pada seseorang yang bukan dating dari  kaumku. Menyampah. Sama juga dengan bangsaku sendiri. Ada sahaja yang akan menyakitkan hati. Itu aku percaya dan akan terus percaya bahawa aku tak adakan dapat ngam dengan semua orang yang ada di sekeliling aku. Macam perasaan aku saat ni. Rasa menyampah dan sakit jiwa dengan dia ni! Ya, dia! Tu, dekat saja mejanya. Mana penyapu?!

Even kau tak suka. Even kau tak nak cakap dengan aku. Itu bukan masalah aku, itu masalah kau. Yang jadi pertikaiannya sekarang adalah apabila ada pihak ketiga yang mahu bertanyakan pendapat dan aku tidak mampu untuk mencelah walaupun aku tahu apa yang orang ketiga itu tanya dan aku tahu jawapannya! Bodoh sombongkah? Atau terasa diri tu bagus sangat sampai tak boleh nak bercakap dengan aku ni yang baru setahun jagung dekat sini? 

Kalau nak gelak. Gelak jugak. Kalau tak suka, itu masalah kau lagi. Kalau kau rasa nak geram, benci, itu juga masalah kau. Aku tak peduli. Betul lah kata orang dahulu kala, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tuah aku bila aku bersedia untuk membuka sisi introvert aku untuk dunia nyata. Ya reality. Sebaliknya, orang yang sekian lama ekstrovert tidak pernah mahu membuka ruangnya yang memang BESAR itu untuk orang introvert macam aku. Personaliti intro-ekstro ini sudah menjadi lain pula. Manakan mungkin introvert mengekspresikan apa yang mereka mahu? Kenapa orang ekstrovert kat sini pelik – pelik belaka?

Tak semuanya dari kaum itu bersalah dalam hal ini. Mungkin penangan Bersih menyebabkan aku sedikit dikriminasi dengan individu – individu seperti ini. Ya, siapa mahu lihat sesama kita bertelagah? Tapi, orang kita memang suka macam tu kan? Salah siapa?