Saya adalah saya.Segala lontaran kata dan cerita datangnya tanpa ada rasa belas pada pihak yang dicela.







04 July 2011

Kena like??!

Klik like jika anda seorang wanita muslim

Pernah tengok link sebegini di mana - mana laman sawang? Motif? Buat link macam ni? Apakah dengan cara ini akan menggalakkan orang like atau menyesatkan jika dislike? Sekarang, memang banyak sangat post - post atau link yang minta kita baca - like - forward. Kalau tak, mulalah keluar segala ayat - ayat tak masuk dek akal.

Aku bukan free thinker. Tapi, tak perlulah menarik perhatian orang ramai dengan ayat - ayat macam ni. Lapuk sangat. Satu persoalan berlegar dalam fikiran aku. Apa yang mereka mahu orang lain percaya dan tahu tentang perkara di sebalik "like" tu. Oh, maknanya, lepas like, kita akan tahu banyak benda? Dan itu hanya untuk bacaan wanita muslim? Kandungannya? Bukan muslim tak boleh baca? Apakah perspektif yang menjadikannya "untuk wanita muslim?"

Kalau dislike pun tidak akan mendatangkan apa-apa kesan. Korang ni, tak ada cara lain ke nak buat ads?

Kalau yang ditulis tu hadis sahih ke, tak adalah aku membebel macam ni.

Buat hal.