Menonton The Godfather tidaklah seghairah menonton KL Gangster. Begitu ringkasannya. Ya, filem ini aku anggap seperti filem yang epik walaupun tidak dapat menandingi kehebatan filem - filem epik yang lain seperti Lord Of The Ring atau Harry Potter. Cerita ini sangat sunyi. Tiada sound effect yang bertubi - tubi atau penggunaan bahasa yang boleh menjadi isu PEKIDA [lol]. Sebaliknya, plot penceritaannya yang mudah dan cara untuk membunuh [huhu] itu kelihatan mudah. Dan tak disangka - sangka. Especially dalam The Godfather 3.
Watak Michael Corleone nampak bersahaja dan aku sangat tertarik dengan pendiriannya yang tidak mahu terjebak dalam perniagaan keluarga yang bersifat kongsi gelap. Namun, kerana perasaan cinta dan kasihan pada ayahnya yang telah banyak membantunya serta misi membalas dendam, hati manusia mudah untuk berubah. Pergh. Ayat skema nak mati.
Siri yang paling menyentuh emosi mestilah Part 3. Michael sewaktu tua. Mempunyai sifat kasih dan rasa kesal yang menebal dalam diri kerana membunuh saudara kandung sendiri menyebabkan dia mahu berubah tapi biasalah, musuh kalau sudah berdendam, nak cakap macam mana lagi? Kasihan. Sedih bila tengok Michael berusaha sekeras - kerasnya untuk mengumpul pahala [lol] tapi, orang lain yang menjadi mangsanya.
The Godfather. Pada pandangan aku, trilogi ini akan lebih menarik kalau ada sound effect. Itu je nak komen. Babak demi babak, semua best. :)
