" Menulis pada aku seperti satu cerita yang aku garap agar ada mula dan akhirnya.
Menulis pada aku seperti menyelesaikan satu kekalutan yang dialami oleh sesiapa.
Menulis pada aku seperti membuka satu ruang untuk keterbukaan aku bersuara. "
Mujur terkenang. Pada saat aku riang. Ghairah dalam menuturkan banyak kata. Banyak. Yang mencoretkan segala cerita.
Mujur lagi terkenang. Pada saat pertama. Bergelar juara. Hingga aku berkata. "Ah, inilah cita - cita." Tapi, berapa lama. Berapa ketika yang boleh dikira? Walau penuh kudrat di dada. Belum pasti apa yang dicita. Akan berada di depan mata.
Aku percaya.
Berjalan daripada satu tahap. Kepada tahap yang baru. Ke tahap yang orang lain belum tahu. Dan. Berada pada satu tahap. Yang aku sendiri tidak tahu.
Mengapa pula teori Tingkap Johari bersarang di minda tatkala ini. Oh ya. Membaca meluaskan pengetahuan. Dan kerana pengetahuan itulah. Saya garap dengan banyak cerita. Yang adanya bersarang. Lebat sawangnya.
Hari akan datang akan membawa keghairahan aku untuk menulis dengan lebih banyak. Aku akan berusaha dengan lebih baik ke arah itu.
Akan. Itu pasti.
Hari akan datang akan membawa keghairahan aku untuk menulis dengan lebih banyak. Aku akan berusaha dengan lebih baik ke arah itu.
Akan. Itu pasti.